Oleh Fetty Rara

SEJARAH tercipta di bandar raya Eastvale, California apabila seorang wanita berketurunan Malaysia-Vietnam dilantik sebagai Datuk Bandar.

Jocelyn Yow, 25, ibu kepada anak berusia enam bulan dan seorang pelajar ijazah sarjana itu mengambil alih jawatan tersebut apabila dipersetujui oleh mesyuarat majlis bandar raya pada Rabu malam, lapor stesen TV abc7.

Yow juga merupakan pengurus dasar sebuah badan amal nasional yang memperjuangkan pelantikan lebih ramai wanita ke jawatan tinggi.

Berucap selepas pelantikan beliau, Yow berkata pihak kerajaan di semua peringkat seharusnya merenung dengan lebih serius bentuk komposisi masyarakat di Eastvale yang mempunyai penduduk lebih 50% bukan kulit putih.

Menurut beliau berpandukan perspektif sedemikian maka memang tepat masyarakat itu diberikan kuasa bagi mengetengahkan keluh resah serta keperluan mereka.

Agenda pertama Yow sebagai datuk bandar Eastvale ialah menubuhkan sebuah perpustakaan di bandar raya itu.

Di Malaysia, Yow pernah menetap di Kedah selama 10 tahun.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here