Pada 9 Disember 2020 Zahid Hamidi, Muhyiddin Yassin, Hadi Awang menandatangani satu Piagam Persefahaman Politik BN-PN menolak Anwar dan DAP; pada 10 Disember Zahid dikatakan bertemu Anwar kononnya untuk mengangkat Anwar menjadi PM ke-9.

(EKSKLUSIF)

Oleh Cuit Zaini Hassan

BENARKAH Isnin 14 Disember 2020, Anwar Ibrahim akan memanggil sekali lagi sidang akhbar tergempar untuk mengumumkan beliau sudah ada jumlah?

Anwar bukan gila seperti ramai orang kata. Beliau benar-benar tekad, ini kalilah. Beliau masih mahu menjadi Perdana Menteri walau apa pun terjadi.

Zahid Hamidi, Presiden UMNO pula terlalu gelabah, mahu menyelamatkan dirinya daripada pertuduhan di mahkamah. Beliau kena menyokong Anwar, walau apa pun terjadi.

Najib pun sama.

Persetankan persefahaman yang ditandatangani antara Muhyiddin Yassin, Hadi Awang dan Zahid pada 9 Disember 2020 lalu. Bagi Zahid dan Najib untuk selamatkan diri, pengkhianatan tidak menjadi hal.

Persefahaman itu difahamkan mengenai kerjasama politik untuk kemelut Perak, tetapi dengan understanding satu Piagam Persefahaman Politik BN-PN akan dibuat di peringkat nasional dengan teras tanpa Anwar tanpa DAP.

Bagi Zahid tiada erti talam pelbagai muka. Pengkhianatan tidak berkesudahan.

BebasNews difahamkan pada malam Khamis 10 Disember 2020, dua malam lepas, iaitu sehari selepas Persefahaman Politik BN-PN ditandatangani, hadir beberapa orang di sebuah rumah agam di Jalan U-Thant membincangkan satu rancangan besar, grand design bagi mengangkat Anwar sebagai PM Malaysia Ke-9!

Antara yang hadir kononnya, seorang kerabat Pahang, Najib, Zahid dan Anwar.

Difahamkan dalam pertemuan itu, Anwar maklum yang beliau sudah mempunyai Surat Akuan Sumpah (SD) daripada beberapa Ahli Parlimen PH yang menyokongnya menjadi PM.

Namun, Anwar memaklumkan jumlah SD belum mencukupi dan beliau memerlukan tambahan terutama daripada UMNO dan BN.

Najib kononnya memberitahu beliau sudah ada beberapa SD yang sudah ditandatangani oleh MP UMNO/BN iaitu: Najib, Zahid, Tajudin Rahman, Shahar Abdullah Paya Besar, Nizar Parit, Nazri Aziz, Bung Mukhtar, Ahmad Maslan, Richard Riot, Jazlan Machang, Mohamad Alamin (Kimanis) dan Mazlee Malik (keluar Pejuang dan kini calon Bebas sokong Anwar).

Kenyataan Najib itu kononnya disahkan oleh Zahid.

Mereka juga kononnya memberitahu boleh mendapatkan dalam 10 ke 15 lagi SD daripada MP UMNO/BN.

Dalam pertemuan itu, mereka juga dikatakan meminta Anwar supaya mendapatkan lagi sokongan tambahan terutamanya daripada MP Parti Warisan ataupun PBB di Sarawak.

BebasNews diberitahu kononnya Anwar melalui seorang runnernya sedang membuat kerja di Sabah untuk mendapatkan tandatangan SD itu.

Dalam pertemuan itu, kerabat Pahang itu pula kononnya memberi jaminan akan mengatur pertemuan antara mereka dengan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) hari Khamis 17 Disember 2020 sebelum YDPA berangkat ke UAE pada 18 atau 19 Disember 2020.

Namun BebasNews dimaklumkan, jika dokumentasi SD yg mencukupi dapat dibuat dalam sehari dua ini, kerabat itu kononnya memberi jaminan akan mengatur pertemuan itu pada hari Isnin 14 Disember 2020.

Anwar menyatakan dia akan mengatur untuk membuat satu sidang media pada hari Isnin 14 Disember untuk mengumumkan (sekali lagi) dia mempunyai sokongan mencukupi untuk dilantik menjadi PM.

Lebih menarik lagi dalam pertemuan itu, kononnya disebut perancangan mereka apabila Anwar menjadi PM dan membentuk kerajaan iaitu:

Anwar akan menjadi PM, Najib akan dilantik sebagai Menteri Mentor; Zahid sebagai TPM 1; Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin pula akan dilantik sebagai TPM-2 mewakili Sabah/Sarawak.

Malah, kononnya lagi, kesemua kes-kes mahkamah berkaitan Najib, Zahid, kes-kes melibatkan 1MDB dan pimpinan UMNO dan BN akan dibatalkan.

Mereka juga kononnya bersetuju sebaik menjadi PM Anwar akan dengan serta-merta menamatkan perkhidmatan Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ketua Hakim Negara, Pengarah Cawangan Khas dan Pengarah Risikan ATM dan membuat lantikan baru.

Antara nama disebut akan menggantikan Peguam Negara adalah Tan Sri Dzulkifly Ahmad.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here