FOTO: Gage Skidmore from Peoria, AZ, United States of America, CC BY-SA 2.0 , via Wikimedia Commons

Oleh Fetty Rara

LEMBAGA Pemilih Amerika Syarikat telah mengesahkan kemenangan Joe Biden dalam pilihan raya presiden.

Pengesahan itu merupakan antara proses terakhir bagi membolehkan beliau mengambil alih tugas sebagai presiden, lapor bbc.com.

Parti Demokrat menang sebanyak 306 undian Lembaga Pemilih berbanding Parti Republikan dengan 232 undi.

Di bawah sistem AS pengundi sebenarnya membuang undi untuk memilih ‘pemilih’ yang seterusnya secara rasmi mengundi bagi memilih calon beberapa minggu selepas pilihan raya..

Bagaimana pun, walaupun proses semakin tiba ke penghujung namun Donald Trump dijangka tidak akan menerima keputusan tersebut.

Dalam keadaan biasa pengundian oleh pihak Lembaga Pemilih tidak diberi perhatian khusus, tetapi disebabkan ketegaran Trump mendakwa berlaku penipuan dan sebagainya hingga merujuk kepada mahkamah, pengundian dari negeri-ke negeri tiba-tiba menarik perhatian ramai.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here