Oleh Wartawan BebasNews

IPOH — Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini hari ini membuat laporan polis menafikan satu laporan media sosial yang memetik kononnya beliau menyebut Exco kerajaan baharu Perak tidak melibatkan Adun Pas.

Dalam salinan polis yang diperoleh BebasNews beliau berkata, tujuan laporan itu dibuat adalah mahu menafikan kenyataan tersebut serta untuk membolehkan pihak polis membuat siasatan.

“Saya juga bimbang berdasarkan kenyataan tersebut boleh menjejaskan nama baik pihak Istana Perak, khususnya dan boleh mendatangkan kegusaran kepada penduduk negeri Perak,” katanya dalam laporan itu.

Menurut laporan itu, pada 15 Disember lalu beliau menerima satu Whatsapp dari isterinya bertanyakan satu kenyataan dari laman sosial Facebook berbunyi “5 lagi Exco kerajaan Perak angkat sumpah petang ini, namun pelantikan itu tidak melibatkan Adun Pas, kata Mohd Annuar Zaini. Cukup dah 10 exco. Amacam?”

Untuk makluman, kata Annuar kenyataan itu tidak benar sama sekali dan palsu.

“Saya syaki ada individu telah cuba menfitnah saya dan menjatuhkan kredibiliti saya sebagai Ahli Dewan Negara Perak.

“Saya tidak pasti siapa yang cuba menularkan kenyataan sedemikian di laman sosial Facebook dan saya datang ke Balai Polis buat laporan,” katanya dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Kg Rapat, Ipoh.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here