FOTO: mohigan, CC BY-SA 3.0 , via Wikimedia Commons.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

SETELAH berbulan berjaya mengekang lonjakan penularan jangkitan Covid-19 berbanding negara-negara jirannya, Thailand kini dilanda ombak jangkitan paling buruk.

Berikutan itu berpuluh ribu penduduk wilayah Samut Sakhon berhampiran Bangkok menjalani ujian setelah beratus kes yang dikaitkan dengan pasar makanan laut terbesar di situ dikesan, lapor bbc.com.

Sebahagian besar daripada pekerja di pasar tersebut yang terdiri daripada warga Myanmar telah diarahkan supaya tidak keluar dari rumah mereka.

Thailand merupakan negara pertama selepas China melaporkan kes jangkitan Covid-19, tetapi berjaya mengawal penularan sejak pertama mengalami wabak berkenaan dengan hanya kira-kira 4,000 kes dan 60 kematian dicatatkan sebelum lonjakan terbaharu ini.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here