fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR — Permodalan Nasional Berhad (PNB), hari ini mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Nasional (ASN) sebanyak 2.02 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

PNB berkata, pengagihan itu melibatkan pembayaran sebanyak RM36.6 juta dan akan memberi manfaat kepada 1.21 juta pemegang unit dengan jumlah pelaburan melebihi 1.8 bilion unit.

PNB dalam kenyataan berkata, pengiraan pengagihan pendapatan bagi ASN adalah berdasarkan unit yang dipegang setakat 31 Disember 2020.

Pengagihan yang diisytiharkan akan dilaburkan semula sebagai unit tambahan dan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2021, berdasarkan Nilai Aset Bersih (ASB) seunit pada 31 Disember 2020.

KA_Pengagihan Pendapatan ASN 2020 Final

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here