PUTRAJAYA — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima maklumat yang ditularkan menerusi WhatsApp bertajuk ‘Konspirasi Dan Skandal Rasuah Di Malaysia’ menggunakan nama individu dikenali sebagai Muhammad Fauzan Jamil.

SPRM dalam kenyataan di sini berkata, pihaknya telah menghubungi individu tersebut menerusi nombor telefon yang dipaparkan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung penulisan yang disebar luas oleh pihak tertentu.

Hasilnya, individu itu menjelaskan menerusi WhatsApp bahawa dia tidak mengetahui langsung tentang penulisan yang tersebar itu dengan menggunakan nama dan nombor kad pengenalannya, kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, perkara tersebut adalah palsu serta fitnah dan emel yang digunakan juga adalah palsu.

Susulan itu, individu itu akan membuat laporan polis berkaitan perkara tersebut.
SPRM memandang serius tohmahan yang sengaja diada-adakan dengan niat untuk mencemar imej agensi ini. Kita berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut, kata SPRM lagi.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here