Isu kartel daging: SPRM kumpul bukti sejak dua minggu lalu

0
247
FOTO: NSTP.

PUTRAJAYA¬† — “Beberapa siri serbuan sudah dibuat dan rampasan ke atas dokumen pengimportan daging sejak tahun 2015 dilakukan kami sejak dua minggu lalu,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya.

Menurutnya, SPRM akan mengkaji semua dokumen dan akaun syarikat terbabit dalam usaha mengesan keseluruhan dalang termasuk anggota penguat kuasa yang terbabit dalam melindungi kegiatan ini.

Beliau mengulas tindakan SPRM menahan dua pengarah syarikat dan dua pekerja syarikat, berusia antara 39 hingga 50 tahun, berhubung isu rasuah dalam kes penyeludupan bahan mentah daging sejuk beku yang dikatakan dibawa masuk secara tidak sah daripada beberapa negara yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Beliau berkata, tumpuan siasatan SPRM adalah terhadap dua aspek iaitu pertama berhubung kesalahan mengemukakan pengisytiharan palsu dalam borang Kastam 1 oleh syarikat pengimport dan ejen yang mengendalikan kemasukan bahan mentah sejuk beku ini.

“Aspek kedua ialah meneliti dan mengkaji sebarang bentuk pembayaran rasuah melalui akaun syarikat yang terlibat.

“Dalam setiap penyiasatan kami, elemen kerahsiaan dan kejutan amat penting. Sekiranya sesuatu kes mendapat pendedahan yang luas di media, ia seolah-olah memberi peluang kepada mereka (perasuah dan pemberi) melupuskan semua bukti serta keterangan yang ada, ” katanya kepada wartawan Harian Metro.

Beliau berkata, tindakan berdiam diri bukan bermaksud agensi yang terbabit dalam penyiasatan kes ini tidak mengambil tindakan, sebaliknya pengumpulan bukti dan keterangan memerlukan masa dan analisis teliti.

“Kalau kita terlalu membincangkan isu ini dalam media, maka ia akan merumitkan penyiasatan dan memberikan persepsi negatif masyarakat,” katanya.

Difahamkan, keempat-empat suspek yang ditahan malam tadi di SPRM Johor bagi membantu siasatan kes ini sudah dihadapkan di Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi ini untuk proses reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Ahmad Khusairi Yahaya menjelaskan, penahanan itu hasil serbuan di beberapa syarikat pengimport bahan mentah sejuk beku di sekitar Johor.

“Siasatan dilakukan mengikut seksyen 18 dan 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2019,” katanya.

Read more: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/660020/isu-kartel-daging-sprm-kumpul-bukti-sejak-dua-minggu-lalu
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here