Plank Challenge trend sukan terbaharu

0
8925

Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM — Senaman ‘plank’ bakal menjadi antara cabaran atau ‘challenge’ yang bakal menjadi ‘trend’ pada tahun 2021.

Menurut Ketua Projek Universiti Teknologi Mara (UiTM) Plank Challenge, Muhd.Khairul Hafidzin Abdul Wahab, pihaknya beriltizam menjadi perintis menganjurkan cabaran senaman tersebut secara maya.

“Bagi menjadikan senaman plank sebagai trend hari ini kami mengadakan pertandingan melibatkan 103 peserta dari seluruh negara dan acara berlangsung secara maya atau atas talian.

Ketua Projek UiTM Plank Challenge, Muhd.Khairul Hafidzin Abdul Wahab.

“Acara ini dianjurkan oleh pelajar Sarjana Muda Pengurusan Sukan (SMG 252) Separuh Masa dengan kerjasama Pusat Sukan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM, di bawah seliaan penasihat kejohanan iaitu pensyarah Fakulti Sains dan Rekreasi, Dr.Hasnul Faizal Husin Amri,”katanya selepas kejohanan berlangsung kelmarin.

Muhd.Khairul Hafidzin berkata, format pertandingan peserta perlu bertahan dalam posisi seperti senaman tekan tubi dalam tempoh paling lama.

Katanya, sambutan baik terhadap kejohanan tersebut adalah disebabkan promosi secara maya dan atas faktor senaman tersebut semakin popular dewasa ini.

“Sebagai kejohanan dilangsungkan secara maya kali pertama kita berbangga mendapat penajaan Let’s Play Performance dan Cisco Malaysia,”katanya.

Beliau menambah, hadiah tempat pertama adalah RM300 dan pemenang dari tempat kedua hingga kelapan turut menerima hadiah wang tunai.

Kejohanan tersebut dimenangi oleh peserta dalam kalangan peminat senaman tersebut iaitu kategori lelaki dimenangi Jazmi Jamaluddin dengan masa 13.01 minit dan kategori wanita, Hellyn Dani dengan masa 10.30 minit.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here