PENUNGGANG motosikal merupakan pihak yang mudah terdedah kepada risiko kemalangan yang mengundang maut. Biarpun hanya ada satu lubang yang kecil di atas jalan raya, impaknya cukup besar.

Kisah pengguna motosikal terbunuh atau cedera parah akibat lubang di atas jalan raya bukan sesuatu baharu, malah berlaku di mana-mana sahaja. Malangnya kebanyakan pihak berkuasa yang berkenaan olah-olah tidak ambil peduli.

Dalam video terkini yang ditular oleh netizen, seorang penghantar Grab menjadi mangsa pertama dalam tahun baharu apabila maut selepas terjatuh daripada motosikalnya yang melanggar lubang di atas jalan raya berdekatan The Curve, Damansara.

– BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here