Oleh Azizi Ahmad

“KALAU nak pecat, silakan. (Kalau akar umbi) nak pertahankan mereka yang nak bawa parti sokong DAP dan Anwar, (pun) silakan,” demikian tegas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa sebelum ini.

Hari ini, apa yang diungkapkan menjadi kenyataan, sekali gus memungkinkan orang baharu dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Hampir semua media memaparkan headline “Annuar Musa di pecat … digugur … dilucutkan, cuma sebuah portal kemudiannya melembutkan kenyataan yang dikeluarkan dengan menyatakan perkataan ‘digantikan’.

Jawatan Setiausaha Agung PN/MN/BN kini beralih kepada Datuk Ahmad Maslan berkuat kuasa serta merta.

Yang patah tumbuh hilang berganti; habis manis sepah dibuang, itulah sepak terajang dalam dunia politik Malaysia.

Sesiapa sahaja boleh naik dan turun sepantas kilat kecuali mereka yang menjadi taksub dengan jawatan yang dipegang. Sama ada melalui pintu biasa, main belakang atau tebuk atap, segala-galanya memungkinkan.

Terkini, seorang lagi Menteri dikatakan bersedia melepaskan jawatan beliau.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menyatakan kesediaannya melepaskan jawatan sebelum 1 Februari 2021 jika keputusan itu dimuktamadkan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Adakah ahli politik kita kini terkena sumpahan ‘kerana mulut, badan binasa’?

Tak lupa juga kita mungkin, dengan ‘masin mulut engkau, ya!’

Dalam keadaan biasa, ahli politik yang gagal, tidak cekap atau korup di mana-mana negara, pengundi akan memilih mereka pada pilihan raya untuk memecat mereka dan jarang sekali mereka menawarkan untuk meletak jawatan.

Namun begitu, apakah manfaat yang rakyat dapat daripada senario yang sedang berlaku ini?

– BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here