Oleh Fetty Rara

PETUGAS ambulans di Los Angeles, California telah diarahkan supaya jangan membawa pesakit ke hospital kerana harapan untuk diselamatkan amat rendah.

Arahan tersebut dikeluarkan kerana wilayah tersebut mungkin akan berdepan dengan lebih 1,000 kematian Covid-19 setiap hari dan hospital pula tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang tinggi, lapor bbc.com.

Dalam pada itu pasukan petugas bantuan kecemasan pula diberitahu supaya mencatu bekalan oksijen yang semakin berkurangan berikutan pandemik berkenaan.

Arahan yang sama dikeluarkan di New York pada April tahun lalu semasa puncak penularan jangkitan Covid-19.

Jabatan Kesihatan Awam LA yang kini beroperasi pada kapasiti maksimum telah mula beralih kepada kaedah memberikan bantuan kecemasan pesakit di lokasi, termasuk di kedai, kawasan parkir dan khemah.

Ini kerana ambulans termasuk beratur panjang di luar hospital berjam-jam sementara menunggu petugas Unit Kecemasan mengambil pesakit.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here