Wealthpier tawar program BNR bantu usahawan bermasalah

0
338
Pengarah Wealthpier Berhad, Muhammad Azim Ishudin, semasa memperkenalkan program Business Network Roadshow di Kuala Lumpur baru baru ini.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

PERNIAGAAN menghadapi masalah? Jangan risau kerana segala permasalahan itu boleh diatasi dengan mendapatkan khidmat nasihat daripada Wealthpier Berhad, sebuah syarikat perundingan perniagaan yang menawarkan jalan penyelesaian menerusi program Business Network Roadshow (BNR).

Pengarah Wealthpier, Muhammad Azim Ishudin berkata, menerusi BNR, setiap ahli perniagaan akan diberi masa 10 minit untuk menyampaikan taklimat mengenai syarikat mereka kepada sekumpulan pelabur tempatan dan antarabangsa untuk menanam modal.

“Sesi memperkenalkan BNR sudah bermula di Lembah Klang dan menjadi platform bagi individu yang bersemangat tinggi untuk membangunkan empayar perniagaan. Peserta datang daripada pelbagai latar belakang yang kebanyakannya sudah mempunyai syarikat berdaftar dan mengendalikan perniagaan namun “tersangkut” untuk terus berkembang.

Ketua Pegawai Eksekutif, Precession Capital Berhad, Nazril Idrus semasa memperkenalkan program Business Network Roadshow di Kuala Lumpur baru baru ini.

“Rata-rata peserta sudah berada dalam bidang perniagaan tetapi keuntungan yang diterima gagal membawa mereka ke peringkat yang lebih tinggi disebabkan kekurangan ilmu yang tepat,” katanya yang ditemui selepas majlis BNR yang diadakan baru-baru ini.

Tambahnya, di BNR, pihak mereka akan menjemput syarikat korporat, wakil perbankan dan tokoh perniagaan terkenal untuk berkongsi pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan sehingga berjaya.

“Peserta berpeluang bertemu sendiri dengan ahli korporat dan perniagaan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman. Seterusnya kumpulan peserta akan dibimbing oleh Perunding Perniagaan jemputan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif daripada Precession Capital Berhad, Nazril Idrus yang berpengalaman membimbing 700 individu dalam program Advance Business Class (ABC) kendaliannya sejak 2017,” katanya.

Pengarah Wealthpier Berhad, Muhammad Azim Ishudin dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Idayu Idris semasa memperkenalkan program Business Network Roadshow di Kuala Lumpur baru baru ini.

Sementara itu, Nazril ketika ditemui berkata, peserta program ABC akan diberi pelbagai pendedahan dan ilmu berguna mengenai hala tuju syarikat, ilmu mengenai cara untuk melaksanakan mekanisme pasaran modal, pengurusan kewangan dan juga tadbir urus korporat.

“Ramai usahawan di negara ini masih tidak tahu tentang pelbagai aspek berkaitan tadbir urus korporat, hala tuju untuk menilai syarikat sedia ada di pasaran dan juga merancang secara serius untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.

“Isu yang lebih menarik, ada yang tidak tahu cara untuk proses penyenaraian dan mereka tidak melihat potensinya untuk jangka masa panjang,” jelasnya.

Tambahnya, selain ABC, syarikat juga menawarkan program Miracle of Capital (MOC) yang dikhususkan kepada syarikat-syarikat yang telah berjaya di bawah kendalian  jurucakapnya Dr, Jeh Syan Wong. Program tersebut telah berjaya membimbing lebih 4,000 individu daripada 18 buah negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Alps Global Holding, Dr. Tham Seng Kong ketika memperkenalkan syarikatnya di program BNR baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Wealthpier Berhad, Idayu Ideris berkata program BNR dan ABC anjuran Wealthpier mirip drama Korea yang pernah trending di saluran Neflix bertajuk Start Up  baru-baru ini.

“Sebahagian besar modul daripada Wealthpier mirip dengan jalan cerita drama Korea terbabit yang memberi bimbingan kepada peserta dalam kalangan usahawan di sebuah lokasi dikenali sebagai Sand Box. Wealthpier pula sudah mengenal pasti sebuah lokasi untuk membimbing peserta dalam program di Reactor Campus yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur,” katanya.

Salah seorang peserta, Ketua Pegawai Eksekutif Alps Global Holding Berhad, Dr. Tham Seng Kong berkata, BNR adalah peluang dan platform terbaik untuk memperkenalkan syarikatnya kepada orang ramai.

“Berada dalam kalangan peserta BNR, saya semakin yakin syarikat bioteknologi kami yang menawarkan ujian deoxyribonucleic acid (DNA), ribonucleic acid (MRNA), ujian saringan Covid, ujian darah dan sebagainya melangkah lebih berani menuju ke arah penyenaraian awam (public listing) pada tahun hadapan,” katanya.

Seorang lagi peserta, Ketua Pegawai Eksekutif Jazro Technology Berhad (JTECH Bhd), Ir. Dzulfarqeish Zainuddin memberitahu, di BNR beliau mendapat peluang menyebarkan maklumat program pembelajaran robotik dan pengaturcaraan kepada orang ramai supaya disebar luas kepada murid seawal peringkat tadika hingga pelajar di menengah tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Jazro Technology Berhad, Ir. Dzulfarqeish Zainuddin.

“Bagi mendepani era revolusi 4.0 yang mana kebanyakan pekerjaan di kuasai oleh robot, sewajarnya golongan muda didedahkan persiapan lebih awal. JTECH kini lebih memberi fokus di Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan justeru diharapkan para penanam modal terpanggil untuk turut serta kerana kami merancang ke Bursa Saham pada 2025,” ujarnya.

Untuk mengetahui keterangan lanjut sila layari laman sesawang www.wealthpierberhad.com

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here