Zahirah, Aiman Hakim dapat anak lelaki

0
264
Keluarga Zahirah dan Aiman Hakim Ridza lengkap dengan kehadiran anak lelaki yang belum diumumkan namanya lagi.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

PELAKON Zahirah MacWilson, 26, selamat melahirkan bayi sulungnya, pada 5 Januari lalu, pukul 2.26 petang, di Perth, Australia.

Zahirah yang merupakan isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza memuat naik foto bayi lelakinya dalam Instagram hari ini (8 Januari).

Ramai yang melihat foto tersebut terutama rakan artis memuji kecomelan anak sulung pasangan tersebut kerana dapat dilihat dengan jelas lesung pipit di pipinya.

“By far the best gift we have ever received…Alhamdullilah on the 5th January 2021 our first born little boy arrived at 2:26pm. We were so overwhelmed by the whole experience from the labour room to becoming a new daddy and mummy. This journey has been the greatest blessing and we are excited to experience every special moment. Syukur Alhamdullilah,” katanya berkongsi kegembiraan tentang kehadiran anak sulungnya itu.

Menurut Zahirah, kehadiran anak sulungnya itu merupakan hadiah terbaik yang beliau dan suami terima setakat ini. Anak yang dilahirkan pada pukul 2.26 petang, pada 5 Januari 2021 merupakan momen indah dalam kehidupan mereka sebagai suami isteri.

Tambah Zahirah, mereka amat terharu kerana telah melalui satu pengalaman yang penuh bermakna, bermula dari bilik bersalin hinggalah kedua-duanya bergelar ibu dan ayah.

Anak sulung Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza adalah bayi lelaki.

Sementara itu ibu Zahirah, Maslinda Yusoff menerusi Instagramnya turut melahirkan rasa kesyukuran kerana dikurniakan seorang cucu.

Menurut Maslinda, beliau bersyukur kerana dapat berada di sisi anaknya, ketika Zahirah berada di bilik bersalin untuk menyambut kehadiran cucunya itu di Joondalup Hospital Maternity Ward.

“Assalamualaikum. Syukur Alhamdulliah dengan izin Allah anak kami @zahirahmacwilson selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada petang hari Selasa 5 Jan 2021 jam 2.26 petang. I am so blessed and happy to be with her in the labour room to welcome our 1st grandson.

“Mummy and baby are doing so well. Daddy are over the moon 🌙 Thank you everyone for all the doas. To our little dimples, Atok and Oma love you so much #wearegoingtospoilyou,”katanya.

Zahirah dan Aiman telah terbang ke Australia pada 23 Oktober 2020 sebagai persediaan untuk Zahirah bersalin di sana.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here