2,451 kes baharu Covid-19, 5 kematian

0
215

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 2,451 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, dengan lima kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu sebanyak 2,446 kes adalah penularan tempatan, manakala bakinya jangkitan di luar negara.

Dengan itu, jumlah jangkitan Covid-19 direkodkan dalam negara kini 133,559 kes.

Hisham berkata, sehingga kini, terdapat 177 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), yang mana 82 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, 1,401 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan lima kes kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian 542 kes,” katanya.

https://bit.ly/38sDaeU

 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here