Sembilan kematian, 2,433 kes baharu,tiga angka di Kelantan

0
198

PENULARAN Covid-19 di negara ini masih merekodkan empat digit dengan 2,433 kes baharu dilaporkan setakat tengah hari ini.

Ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 135,992 kes, manakala kes aktif sebanyak 27,332 kes.

Selangor mendahului negeri-negeri lain dengan sebanyak 730 kes (30.0 peratus), dikuti Sabah sebanyak 403 kes (16.6 peratus) dan Johor sebanyak 321 kes (13.2 peratus).

Sementara itu, Kelantan juga mencatatkan peningkatan dengan 103 kes baharu dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham hari ini turut memaklumkan sembilan lagi kematian, menjadikan jumlah keseluruhan angka korban setakat ini adalah seramai 551 orang.

https://bit.ly/3bkziyu

 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here