Menang senat Georgia mudahkan pentadbiran Biden

0
264
Oleh AHMAD ABD HAMID
 

BAKAL presiden ke-46 Amerika, Joe Biden, akan memasuki Rumah Putih pada 20 Januari ini dengan senyuman dan minda tenang kerana satu perkara besar yang dibimbangi, halangan senat dalam pentadbiran, kini sudah diatasi.

Ini berikutan kemenangan dua calon Demokrat, Jon Ossoff, 33, dan Raphael Warnock, 51, pada pilihan raya ulangan atau run-off election bagi dua kerusi senat negeri Georgia pada 5 Januari lalu. Mereka menewaskan dua calon Republikan, masing-masing David Perdue, 71, dan Kelly Loeffler, 50 tahun.

Pilhan raya ulangan diadakan kerana tiada calon yang beroleh undi melepasiaras 50 peratus seperti ditetapkan perlembagaan Georgia pada pilihan raya pertama yang diadakan serentak dengan pilihan raya presiden 3 November lalu.

aras 50 peratus seperti ditetapkan perlembagaan Georgia pada pilihan raya pertama yang diadakan serentak dengan pilihan raya presiden 3 November lalu.

Ketika itu, Ossoff ketinggalan tipis kepada Perdue dengan 48 peratus undi berbanding Perdue 49.7 peratus. Warnock pula mengatasi Loeffler dengan 33 peratus undi berbanding 26 peratus.

Pada pilihan raya ulangan, Ossof menewaskan Perdue dengan 50.6peratus undi berbanding 49.4 peratus, sementara Warnock menewaskan Loeffler dengan 51 peratus undi berbanding 49 peratus. Jelas perbezaan undi amat rapat.

peratus undi berbanding 49.4 peratus, sementara Warnock menewaskan Loeffler dengan 51 peratus undi berbanding 49 peratus. Jelas perbezaan undi amat rapat.

Kedua-dua calon Republikan mengaku kalah kepada lawan masing-masing, tidak seperti Presiden Donald Trump yang enggan berbuat seperti itu kepada Joe Biden yang memenangi pilihan raya presiden 2020.

Perdue menjadi senator sejak 2015 sementara Loeffler baru sepenggal mulai Disember 2019. Loeffler memegang jawatan senator secara lantikan oleh Gabenor Georgia, Brian Kemp, bukan melalui pilihan raya. Ia bagi mengisi kekosongan apabila Senator Johnny Isakson meletak jawatan atas sebab kesihatan.

Mulai Disember 2019 Loeffler memegang jawatan senator secara lantikan oleh Gabenor Georgia, Brian Kemp, bukan melalui pilihan raya. Ia bagi mengisi kekosongan apabila Senator Johnny Isakson meletak jawatan atas sebab kesihatan.

Gabenor mempunyai kuasa melantik senator bagi mengisi kekosongan apabila seseorang senator yang dipilih dalam pilihan raya meletak jawatan atau meninggala dunia, sehinggalah diadakan pilihan raya seterusnya. Malangnya dalam pilian raya kali ini Loeffler tewas.

Pertandingan di Georgia memang sengit, seperti sengitnya pertarungan Biden dengan Presiden Trump di negeri itu. Biden memperoleh 49.5 peratus undi dan Trump 49.3 peratus. Perbezaan di bawah 0.5 peratus menyebabkan kiraan semula diadakan dan mengesahkan Biden menang.

Kemenangan Demokrat di Georgia sangat penting kerana parti itu perlu menang dua kerusi negeri itu untuk mengimbangi kedudukan di senat.

Sebelumnya Republikan menguasai 50 kerusi berbanding Demokrat 48 kerusi daripada keseluruhan 100 kerusi senat. Jumlah kerusi Demokrat termasuk dua kerusi yang disandang oleh senator bebas iaitu Angus King dari Maine dan Bernie Sanders dari Vermont yang menyokong Demokrat.

Tewas kerusi di Georgia bermakna Republikan akan terus menguasai senat. Ini sangat membimbangkan Demokrat kerana ia akan menyukarkan Biden melaksanakan pelbagai program pentadbirannya lantaran risiko melepasi halangan senat.

Lantikan anggota kabinet dan pelbagai jawatan penting kerajaan serta pelaksanaan program, memerlukan kelulusan senat. Pastinya ia akan menjadi sukar jika senat dikuasai Republikan.

Republikan hanya perlu menang sekurang-kurangnya satu kerusi senat Georgia untuk menjadikan kedudukan 51-49, tetapi Demokrat mesti menang kedua-duanya untuk menjadi sama 50-50.

Walau pun itu bermakna kerusi senat seimbang, Naib Presiden dipilih, Kamala Harris, mempunyai kuasa undi penentu atau tie-breaker dalam pengundian di senat.

Menyedari mereka mesti menang, calon Demokrat bekerja bertungkus lumus menjelajah ke seluruh negeri bagi menemui semua lapisan pengundi. Tugas mereka begitu mencabar kerana Georgia pada dasarnya ialah negeri Republikan.

Tugas mereka begitu mencabar kerana Georgia pada dasarnya ialah negeri Republikan.

Pada pengundian 3 November 2020, hanya Warnock dilihat mempunyai harapan, mendahului lawannya Koeffler dengan 33 peratus undi berbanding 26 peratus. Ossoff pula ketinggalan tipis kepada Purdue dengan 48 peratus berbanding 49.7 peratus.

Tetapi dengan usaha keras serta kempen yang turut dibantu oleh Biden, kedua-dua calon Demokrat itu berjaya mengatasai segala halangan dan kesukaran untuk menang.

Faktor kemenangan juga dibantu oleh pertambahan pengundi muda serta pengundi kulit hitam yang majoritinya menyokong Demokrat, apatah lagi Warnock berkulit hitam.

Kemenangan Demokrat di Georgia ini amat signifikan kerana ia telah berjaya mengubah gelombang merah (Republikan) kepada gelombang biru (Demokrat). Tidak ada calon Demokrat
memenangi kerusi senat di Georgia sejak 1996.

Begitu juga Georgia tidak pernah memberi kemenangan kepada calon presiden daripada Demokrat sejak tiga dekad lalu. Tetapi Biden berjaya melakukannya dalam pilhan raya November lalu.

Kemenangan Biden itu dianggap turning point di kalangan pengundi Georgia. Ia menjadi pembakar semangat untuk Demokrat mememangi kerusi senat pula. Terbukti mereka berjaya melakukannya.

Kemenangan Warnock mencatat sejarah sebagai calon kulit hitam pertama terpilih ke kerusi senat dari Georgia. Dia merupakan paderi dari gereja Ebenezer Baptist di Atlanta, tempat di mana pejuang hak asasi manusia, mendiang Martin Luther King Jr kerap memberi ceramah.

Begitu juga kemenangan Ossoff, produser filem dokumentari dan bekas wartawan penyiasatan, juga mencatat sejarah. Pada usia 33 tahun dia merupakan calon termuda pernah memenangi kerusi senat.

Seperti Biden, Presiden Trump turut turun berkempen membantu calon Republikan. Tetapi kehadirannya lebih banyak mendatangkan kerosakan daripada kebaikan. Inti pati kempennya lebih menjurus kepada dakwaan bahawa pilihan raya presiden dipenuhi penipuan, Akibatnya ia memberi kesan negatif.

Ramai penyokong Republikan beranggapan sikap celupar dan angkuh Trump menyumbang kepada tewasnya parti itu di Georgia. Apakan daya, nasi sudah menjadi bubur!

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here