ADUN Galas positif Covid-19

0
312

KETIKA Kelantan mencatatkan tiga angka jangkitan Covid-19, Adun Galas Mohd Syahbuddin Hashim hari ini mengesahkan dirinya juga positif virus berkenaan.

Dalam catatan di Facebook, Syahbuddin berkata isterinya, Nor Azila Sidi Ahmad, 40 yang mesra dengan panggilan Cikgu Laa juga disahkan positif.

“Dengan penuh dukacita dan hiba hari ini abe Din dan isteri disahkan positif Covid-19. Kepada semua yang ada berhubung rapat dengan abe Din dan Cikgu Laa, abe Din pohon jutaan maaf kerana mungkin menyusahkan tuan/puan yang terpaksa kena swab test dan mungkin terkena jangkitan.

“Gua Musang telah diisytihar Zon Merah. Berhati-hatilah semua,” kata Syahbuddin yang akan dikuarantin bersama isterinya di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai.

Dua hari lalu, Adun Nenggiri, Ab Aziz Yusoff dan Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani juga disahkan positif virus itu.

Menurut catatan Facebook Abdul Aziz,  dia juga kini dirawat di HSIP.

Kedua-duanya terlibat dalam misi bantuan banjir minggu lalu di Kampung Jeram Tekoh, Kampung Bertam Baru dan Kampung Pasir Tumbuh.

Utusan Online sebelum ini melaporkan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dikenal pasti sebagai kontak rapat Ab Aziz, berdasarkan kehadiran mereka dalam taklimat yang diadakan di Kuala Lumpur minggu lalu.

https://bit.ly/3i2yEqP

 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here