2,232 kes baharu, peningkatan kes di Sarawak

0
152

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan terdapat 2,232 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini kepada 138,224 kes.

Hari ini juga menyaksikan Sarawak merekodkan kes baharu melebihi tiga angka – dengan 153 kes – buat pertama kali.

Kebanyakan kes di Sarawak dilaporkan di Miri (93 kes).

Miri serta Kuching dan Sibu akan dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) selama dua minggu bermula Rabu ini.

Selangor kekal sebagai negeri dengan kes baharu tertinggi dengan 557 kes. Daripada jumlah itu, 72.5 peratus (404 kes) adalah berkaitan kluster dan saringan kontak rapat.

Ia diikuti dengan Johor (396 kes), Sabah (374 kes) dan Kuala Lumpur (204 kes).

Berikut adalah maklumat utama kes Covid-19 hari ini:

Kes aktif: 28,554 ↑ (1,222 lebih banyak daripada hari sebelumnya)

Jumlah kes aktif hari ini, iaitu 28,554 kes, menghampiri kapasiti katil di hospital dan pusat kuarantin iaitu sebanyak 28,674 buah, seperti kali terakhir dilaporkan oleh pihak KKM.

Pesakit dalam ICU: 187 ↑ ( 16 lebih banyak daripada hari sebelumnya, jumlah tertinggi setakat ini)

Pesakit memerlukan bantuan pernafasan: 87 ↑ (11 lebih banyak daripada hari sebelumnya, jumlah tertinggi setakat ini)

Kematian: 4 (semua warganegara)

Kes 121,697 – Wanita berusia 56 tahun yang meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh. Mengidap penyakit kencing manis.

Kes 126,619 – Lelaki berusia 54 tahun yang meninggal dunia di hospital Sungai Buloh. Mengidap penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemmia dan jantung.

Kes 134,204 – Wanita berusia 47 tahun yang meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh. Mengidap penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik dan jantung.

Kes 133,961 – Lelaki berusia 50 tahun. Jenazahnya dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Dalam pada itu, KKM memaklumkan seramai 1,006 pesakit Covid-19 sembuh hari ini. Ia menjadikan jumlah kes sembuh setakat ini kepada 109,115 kes (78.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Berikut adalah pecahan kes baru mengikut negeri:

Selangor: 557 kes

  • 121 kes daripada kluster sedia ada
  • 283 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 1 kes import dari luar negara
  • 152 kes daripada lain-lain saringan

Johor: 396 kes

  • 237 kes daripada kluster, termasuk 3 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Jalan Keluli
  • 83 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 2 kes import dari luar negara
  • 74 kes daripada lain-lain saringan

Sabah: 374 kes

  • 38 kes daripada kluster sedia ada
  • 239 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 97 kes daripada lain-lain saringan

Kuala Lumpur: 204 kes

  • 37 kes daripada kluster, termasuk 5 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Medan Idaman
  • 59 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 2 kes import dari luar negara
  • 106 kes daripada lain-lain saringan

Sarawak: 153 kes

  • 72 kes daripada kluster, termasuk 3 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Jelita
  • 2 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 1 kes import dari luar negara
  • 78 kes daripada lain-lain saringan

Pulau Pinang: 112 kes

  • 48 kes daripada kluster sedia ada
  • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 34 kes daripada lain-lain saringan

Negeri Sembilan: 102 kes

  • 41 kes daripada kluster sedia ada
  • 55 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 6 kes daripada lain-lain saringan

Kelantan: 95 kes

  • 35 kes daripada kluster, termasuk 5 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Kampung Renok dan Kluster Kampung Geting
  • 55 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 5 kes daripada lain-lain saringan

Perak: 51 kes

  • 10 kes daripada kluster, termasuk 6 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Lumut Barat
  • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 13 kes lain-lain saringan

Pahang: 46 kes

  • 14 kes daripada kluster sedia ada
  • 29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 3 kes daripada lain-lain saringan

Terengganu: 41 kes

  • 16 kes daripada kluster, termasuk 9 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Kubang Bujuk dan Kluster Kejaya
  • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 9 kes daripada lain-lain saringan

Kedah: 40 kes

  • 11 kes daripada kluster sedia ada
  • 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 6 kes daripada lain-lain saringan

Melaka: 37 kes

  • 8 kes daripada kluster sedia ada
  • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 7 kes daripada lain-lain saringan

Putrajaya: 13 kes

  • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 1 kes daripada lain-lain saringan

Labuan: 8 kes

  • 1 kes daripada kluster sedia ada
  • 5 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 2 kes daripada lain-lain saringan

Perlis: 3 kes

  • 1 kes daripada saringan kontak rapat kes positif
  • 2 kes daripada lain-lain saringan
https://bit.ly/35usH0C
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here