Demokrat bagi Mike Pence kata dua supaya buang Trump dari White House

0
283
Nancy Pelosi gesa pihak Demokrat bertindak segera.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

SPEAKER Dewan Perwakilan Amerika Syarikat Nancy Pelosi semakin lantang mendesak Naib Presiden Mike Pence supaya bertindak mengusir Donald Trump dari pejabatnya berikutan peranan beliau dalam rusuhan di Bangunan Kongres minggu lalu.

Para ahli dijangka mengemukakan usul mendesak Pence menggunakan kuasa di bawah Pindaan Ke-25 (25th Amendment) bagi mengisytiharkan Trump tidak lagi layak untuk memegang jawatan presiden, lapor bbc.com.

Bagaimana Pence dilaporkan tidak menyetujui pendekatan tersebut.

Jika beliau enggan melakukannya, pihak Demokrat akan mengundi untuk menyingkir Trump kerana menghasut penyokong berarak ke Bangunan Capitol.

Trump dituduh oleh pihak Demokrat dan sebilangan besar pemimpin parti Republikan kerana bertanggungjawab mencetuskan rusuhan berdarah itu.

Beliau telah mengulangi beberapa kali kononnya berlaku penipuan pada pilihan raya presiden.

Rusuhan di Bangunan Capitol telah mengakibatkan lima orang terbunuh, termasuk seorang anggota polis.

Sejak disekat menggunakan Facebook, Instagram dan Twitter beliau tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan.

Trump juga berkata beliau tidak akan hadir di majlis angkat sumpah Joe Biden pada 20 Januari ini.

Sementara itu, Pelosi telah menulis surat kepada pihak penggubal undang-undang bahawa Dewan Perwakilan akan mengemukakan resolusi hari ini (Isnin) bagi memohon secara rasmi agar Pence menggunakan kuasa di bawah Pindaan Ke-25 untuk menyingkir Trump.

Dewan boleh mengundi resolusi esok (Selasa) dan seterusnya Pence dan kabinet diberikan 24 jam untuk bertindak sebelum tindakan penyingkiran.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here