Twitter padam tweet Kedutaan China di AS berhubung emansipasi wanita Uighur

0
287

Oleh Fetty Rara

SYARIKAT pengendali media sosial Twitter telah memadamkan satu post daripada Kedutaan China di Amerika Syarikat yang mendakwa bahawa dasar Komunis China telah memberi ‘kebebasan’ kepada wanita Muslim etnik Uighur di Xinjiang.

Post berkaitan sebuah rencana yang disiarkan oleh media kerajaan Komunis China itu berkata dengan ‘kebebasan minda’ yang diusahakan pihak kerajaan China, wanita Muslim Uighur tidak lagi dikongkong tanggapan bahawa mereka sekadar wujud sebagai ‘mesin membuat anak,’ lapor bbc.com.

Sejak sekian lama Beijing dikatakan telah memaksa kaum wanita Muslim Uighur dimandulkan atau dipasang alat perancang pada bahagian peranakan mereka bagi mengawal pertambahan jumlah kaum itu.

China, bagaimana pun, telah menafikan dakwaan berkenaan.

Tweet yang dimuat naik pada itu turut mendakwa bahawa wanita Uighur kini lebih berasa yakin dengan diri mereka dan telah bebas daripada cengkaman tradisi dan budaya.

Pada penghujung minggu lalu tweet tersebut telah dipadamkan dan digantikan dengan mesej bahawa ia melanggar terma dan syarat penggunaan Twitter.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here