Oleh Adi Sukma dan Prof Hashim Yaacob

SESETENGAH wakil rakyat hendak mengadakan PRU 15 dengan segera yang boleh. Kata mereka kerana hendak kembalikan mandat rakyat. Orang-orang ini tidak waras fikiran.

Tidakkah mereka ketahui yang Covid-19 sedang melanda negara dengan teruk? Atau mereka bebal tidak tahu padah yang dibawa oleh pandemia Covid-19 ini?

Pada 7 Januari 2021 sudah kedapatan sebanyak lebih 3,000 kes jangkitan baru Covid-19. Ini adalah jumlah yang parah!

Pada bulan Mei 2021 nanti, sudah ada ramalan yang menyatakan akan terdapat SERAMAI 5,000 ORANG AKAN DIJANGKITI OLEH COVID-19.

Ini pun belum termasuk pesakit yang tidak menunjukkan gejala, tetapi telah dijangkiti (kes sporadic).

Kita telah sedia maklum bahawa pilihan raya Sabah tahun lalu telah mengakibatkan kenaikan kes jangkitan yang mendadak. Begitu juga selepas perayaan hari Krismas dua minggu lalu. Bilangan kluster juga telah bertambah. Kenapa ini berlaku? Kerana manusia hadir bersesak di tempat keramaian!

Bayangkan kalau PRU-15 diadakan tidak lama lagi, ketika Covid-19 masih mengganas. Bolehkah penyokong mentaati SOP ketika mendengar ceramah kempen, ketika melakukan gerak kerja, ketika mengundi?

Kebanyakan mereka ini akan berada dalam keadaan emosi yang tinggi. Bolehkah?

Semua orang tahu bahawa mengekal kesihatan rakyat dan melindungi rakyat daripada musibah penyakit paling berbahya pandemia yang boleh meragut nyawa adalah lebih penting daripada mengembalikan mandat rakyat dikala nyawa rakyat itu digugat pandemia Covid yang kian mengganas. Sebaliknya, apabila rakyat memberi mandat, adakah mandat itu dihargai oleh yang memperolehinya?

Jangan adakan PRU-15 selagi Covid-19 dan anak pinaknya bebas menjahanamkan kita.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here