Trump isytihar darurat ke atas Washington DC

0
370

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah mengisytiharkan darurat di Washington DC.

Tindakan itu diambil hanya beberapa hari sebelum Joe Biden mengangkat sumpah sebagai presiden, lapor 9News Australia hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh White House, bersamaan pengisytiharan darurat itu Trump juga mengarahkan supaya bantuan persekutuan digerakkan untuk membantu usaha respons sepanjang majlis pelantikan presiden yang ke-59 dari 11 Januari hingga 24 Januari 2021.

Pengisytiharan tersebut diarahkan berkuat kuasa oleh Datuk Bandar Washington Muriel Bowser berikutan rusuhan di Bangunan Capitol oleh kumpulan penyokong Trump minggu lalu.

Darurat awam yang diisytiharkan itu akan membolehkan lebih banyak peruntukan dana bagi menangani isu-isu keselamatan sepanjang majlis mengangkat sumpah Biden.

Menurut Bowser maklumat perisikan yang diperoleh pihak keselamatan berpendapat akan berlaku keganasan sepanjang proses peralihan kuasa tersebut.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here