Selepas perisytiharan darurat, Nazri Aziz tarik sokongan terhadap kerajaan PN

1
258
Sidang media oleh Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kanan) dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman/Foto: NSTP.

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Padang Rengas daripada UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan menarik sokongannya terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ditunjangi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau mengumumkan perkara itu pada sidang media di bangunan Ibu Pejabat UMNO di sini, hanya selepas beberapa jam Perdana Menteri menyampaikan perutusan khas mengenai Pengisytiharan Proklamasi Darurat di seluruh negara.

Pengumuman itu menjadikan beliau sebagai Ahli Parlimen yang ketiga daripada blok kerajaan berbuat demikian selepas perkara sama dilakukan oleh Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, kedua-duanya juga dari UMNO.

Menurut Mohamed Nazri, keputusan itu dibuat atas mandat yang diberikan UMNO Bahagian Padang Rengas dan pendirian yang diputuskan Majlis Tertinggi (MT) parti itu.

Nazri, yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, mendakwa penarikan sokongan beliau itu bermakna kerajaan kini hanya mempunyai sokongan 109 Ahli Parlimen.

— BERNAMA

Please follow and like us:

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here