Hukuman mati persekutuan pertama ke atas banduan wanita ditangguh pada saat akhir

0
423
LISA Montgomery.

Oleh Fetty Rara

SEORANG hakim telah membenarkan penangguhan hukuman mati ke atas Lisa Montgomery yang merupakan banduan wanita pertama dikenakan hukuman tersebut di bawah kerajaan persekutuan Amerika Syarikat sejak 70 tahun lalu.

Lisa, 52 sebelum ini dihukum penjara 16 tahun kerana membunuh seorang wanita mengandung dan mencuri janinnya, lapor CBSNews.

Beliau sepatutnya dijadualkan menerima suntikan beracun hari ini di penjara Terre-Haute, Indiana.

Bagaimana pun, Hakim James Hanlon telah meluluskan permohonan penangguhan hukuman tersebut semalam.

Tanpa menafikan kesalahan beliau, peguam bela Lisa pada minggu lalu telah memohon pengampunan daripada Presiden Donald Trump.

Bagaimana pun, Trump yang diketahui sebagai penyokong tegar hukuman mati tidak meluluskan permohonan tersebut.

Lisa mungkin akan terkecuali daripada hukuman mati sekiranya bakal Presiden Joe Biden yang akan mengangkat sumpah pada 20 Januari depan mencampuri perkara itu berdasarkan pendiriannya yang menentang hukuman mati.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here