Disneyland dijadikan pusat vaksinasi Covid-19

0
267

Oleh Fetty Rara

TAMAN Tema Disneyland di California, Amerika Syarikat akan digunakan sebagai pusat vaksinasi besar-besaran minggu ini.

Taman tema berslogan ‘tempat paling gembira di bumi’ itu adalah di antara beberapa tapak pengagihan besar yang akan beroperasi susulan lonjakan serius kes jangkitan Covid-19, lapor bbc.com.

Kadar vaksinasi di California yang merupakan negeri terbesar di AS itu agak ketinggalan dengan hanya kira-kira sepertiga jumlah dos diberikan kepada orang ramai setakat ini.

Negeri itu melaporkan hanya kurang sikit daripada 40,000 kes baharu pada Isnin dengan 264 kematian.

Disneyland dikatakan mempunyai kapasiti untuk program vaksinasi ke atas beribu penduduk setiap hari.

Taman tema ikonik itu ditutup kepada pelawat sejak pertengahan Mac tahun lalu berbanding Walt Disney World di Florida yang telah dibuka semula dengan jumlah pelawat terhad sejak Julai 2019.

Selain Disneyland Gabenor California Gavin Newsom berkata beberapa pusat lagi akan dibuka seawal minggu ini di Dodger Stadium Los Angeles, Cal Expo di sacramento dan Petco Park di San Diego.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here