Selangor bolehkan akad nikah secara sidang video sepanjang PKP

0
112

Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM – Upacara akad nikah di seluruh negeri ini akan dilakukan secara sidang video sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini sehingga 26 Januari depan.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad, akad nikah, bagaimanapun hanya dilaksanakan kepada pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin dan mempunyai temu janji tarikh akad nikah daripada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau Masjid Pengurusan.

“Akad nikah dilakukan oleh pendaftar yang akan berada di PAID manakala pengantin, wali dan dua saksi berada di rumah.

“Pegawai Tadbir Agama (PTA) setiap daerah akan menetapkan pelaksanaan majlis akan nikah berdasarkan temu janji yang sudah diatur,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata, perkhidmatan utama JAIS terutama melibatkan urusan nikah, cerai dan rujuk juga diberikan secara atas talian.

“Sebanyak 10 kaunter talian telefon iaitu 03-55143600 atau 03-55143400 dibuka di One Stop Centre di aras bawah, Bangunan Sultan Idris Shah untuk konsultasi perkhidmatan dan urusan temu janji setiap Isnin hingga Jumaat,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau menjelaskan solat Jumaat di semua masjid dan Surau kebenaran Jumaat di Selangor ditangguhkan dengan umat perlu menunaikan solat Zuhur di kediaman masing-masing sebagai ganti.

Katanya lagi, lima petugas masjid dan Surau Kebenaran Jumaat yang dijadualkan bertugas boleh mendirikan solat Jumaat.

“Had jemaah sama turut ditetapkan bagi solat fardhu lima waktu,” jelasnya.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here