PKP 2.0: Peniaga mengeluh alami kerugian

0
333
Pekerja Restoren RMS, Azlin Ali mengemas bekas plastik makanan di Seksyen 11, Shah Alam.

Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM — Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini bukan sahaja memberi kesan kepada pengusaha restoran dalam aspek jualan malahan semenjak perlaksanaan PKP Bersyarat (PKPB) kesan tersebut telah dirasai.

Menurut pemilik Restoran RMS di Seksyen 11, Datuk Abdul Rahim Mat Shah, kerugian yang ditanggung akibat PKPB adalah sebanyak 50 peratus dan apabila PKP dilaksanakan kerugian mungkin semakin bertambah.

“PKPB beberapa bulan lalu menyebabkan pelanggan takut hendak makan di sini. Ini disebabkan kenaikan kes di beberapa kawasan di bandaraya ini.

“Saya terpaksa mengurangkan kuantiti juadah yang dijual bagi memastikan juadah tersebut tidak terbuang begitu sahaja. Jika hendak dikira sejak PKP fasa pertama saya sudah menanggung kerugian besar,”katanya kepada Bebasnews hari ini.

Abdul Rahim berkata demikian bagi mengulas kesan perlaksanaan PKP 2.0 di negeri ini dan beberapa negeri lain kepada perniagaannya bermula 13 hingga 26 Januari depan.

Katanya lagi, beliau sudah bersiap-siaga dengan kelengkapan untuk menjalankan operasi secara pesanan secara penghantaran dan bungkus di restoran.

Sementara itu seorang peniaga warung di Bukit Canggang Banting, Zamidah Bujang,56, berkata, PKP kali pertama amat memberi kesan kepada perniagaan beliau.

Katanya, perniagaannya mengalami pengurangan pelanggan hingga 60 peratus semasa PKP tahun lepas.

“PKP kali kedua kami akan menyediakan perkhidmatan bungkusan untuk bawa pulang sahaja.

“Saya berharap perniagaan saya tidak mengalami kerugian lagi seperti PKP yang lepas,”katanya.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here