Covid-19 Indonesia: Program vaksinasi Indonesia sasar golongan muda

0
181

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

INDONESIA telah memulakan program vaksinasi Covid-19 besar-besaran dalam usaha untuk mengekang penularan jangkitan dan mengerakkan semula ekonomi negara.

Bagaimana pun, pendekatan yang diambil adalah sangat berbeza berbanding di negara-negara lain kerana bukannya warga tua yang diberikan vaksinasi selepas petugas barisan hadapan, tetapi sebaliknya golongan muda berusia antara 18 hingga 59 tahun, lapor bbc.com.

Individu pertama menerima suntikan ialah Presiden Joko Widodo, 59, pada Rabu, sementara Naib Presiden Ma’ruf Amin, 77 tidak akan diberikan suntikan awal kerana usianya.

Profesor Amin Soebandrio yang menasihati kerajaan berhubung strategi ‘golongan muda dahulu’ berkata memang masuk akal untuk memberikan vaksinasi kepada mereka yang keluar dari rumah untuk bekerja.

Menurut beliau ini kerana golongan itulah yang sebenarnya keluar mendedahkan diri dan kemudian pulang ke rumah membawa jangkitan.

Oleh yang demikian beliau telah mencadangkan kepada kerajaan supaya memberi fokus kepada golongan muda.

Berdasarkan apa yang dikatakan Prof Amin adalah difahamkan antara 60% hingga 70% penduduk dunia perlu imun bagi menghentikan penularan Covid-19.

Bagaimana pun, jumlah jangkitan akan melonjak jika jenis baharu jangkitan Covid-19 tersebar dengan meluas.

Indonesia dengan 270 juta penduduk merekodkan jumlah jangkitan Covid-19 paling tinggi di Asia Tenggara.

Menurut data kerajaan lebih 80% membabitkan golongan pekerja.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here