EcoWorld tidak jadi bergabung dengan UEM Sunrise

0
173

KUALA LUMPUR – Eco World Development Group Bhd (Eco World Malaysia) hari ini mengumumkan bahawa pihaknya telah memutuskan untuk tidak meneruskan cadangan penggabungan dengan UEM Sunrise Bhd yang dikuasai UEM Group Bhd (Kumpulan UEM).

Keputusan itu diambil setelah penelitian dilakukan oleh Lembaga Pengarah EcoWorld Malaysia terhadap cadangan berkenaan dan juga rancangan perniagaannya selain mengambil kira persekitaran perniagaan yang mencabar berikutan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan, kata Pengerusi Eco World Malaysia, Tan Sri Liew Kee Sin dalam satu kenyataannya di sini.

Liew bagaimanapun tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan kolaborasi pada masa depan, sekiranya terdapat peluang lain.

Beliau berkata, dengan berakhirnya rundingan cadangan penggabungan itu, EcoWorld Malaysia dengan secara aktifnya, akan meneruskan usaha cadangan korporat lain yang bertujuan melengkapkan rancangan dan strategi pertumbuhan semasanya.

“Ini juga akan membolehkan kita menumpukan kepada rancangan perniagaan Kumpulan bagi tahun kewangan 2021 yang menyasarkan jualan RM2.875 bilion untuk EcoWorld Malaysia, iaitu 25 peratus lebih tinggi daripada penjualan sebenar RM2.3 bilion yang direkodkan pada tahun kewangan 2020,” kata Liew.

Berikut adalah kenyataan penuh EcoWorld Malaysia.

PR210113 EWM merger
-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here