BEKAS ketua hakim negara Tun Dr Mohamed Salleh Abas meninggal dunia hari ini dalam usia 91 tahun.

Allahyarham meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini pada jam 3.20 pagi tadi.

Sebelum ini Mohamed Salleh yang juga Pengerusi as-Salihin Trustee Berhad mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif as-Salihin Trustee Berhad Abdul Aziz Peru Mohamed pada 14 Jan berkata Mohamed Salleh yang juga pengerusi syarikat amanah tersebut disahkan positif Covod-19.

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here