Oleh Azizi Ahmad

“YOU can’t expect to play if you’re not playing well,” demikian kata-kata James Milner, seorang pemain bola sepak Kelab Liverpool.

Ramai antara kita yang mengagumi dan meminati pemain bola sepak profesional luar negara dan tertanya-tanya kenapa pemain bola sepak kita tidak sehebat mereka.

Kita harus jujur mengakui bahawa pemain-pemain yang dipilih tidak memenuhi kehendak pasukan profesional sepenuhnya.

Di dalam liga Malaysia, mereka tampak hebat tetapi hakikatnya itulah sebabnya pasukan negara masih di kedudukan tercorot dala kalangan lebih 200 buah pasukan dunia.

Bagi pandangan saya , sebab utama mengapa pemain tidak bermain adalah mudah:

“Mereka tidak cukup baik.” atau “Mereka tidak mampu menyaingi permainan pemain dalam pasukan profesional lain terutama daripada segi kepantasan, cepat bertindak, kuat mental dan fizikal dan / atau berusaha lebih keras.”

Masalahnya ialah ramai pemain atau atlet tahu akan kemampuan mereka, dan apa yang mereka tidak mahir atau mampu.

Sebagai contoh dalam bola sepak, kebanyakan pemain itu sendiri tahu sama ada beliau cukup baik untuk bermain dalam pasukan yang diwakili.

Benar, mereka menarik perhatian pihak yang mahu membentuk pasukan tetapi tidak di hati para peminat.

Sebilangan mereka ini sangat berbakat dan berkemahiran manakala yang lain memiliki kemahiran yang kurang tetapi menebusnya berlatih bersungguh sehingga menjadi lebih mantap dan cepat di lapangan.

Bagaimanapun tidak kira sekuat mana seseorang itu mencuba, tidak kira berapa banyak keinginan seseorang itu mahu bermain, tiada jaminan bahawa dia akan dipilih.

Menyertai permainan sukan pada awal persekolahan , misalnya, tidak berbeza dengan pengalaman pendidikan lain.

Kita belajar tentang menang dan kalah.

Ramai pemain sebenarnya belum cukup baik untuk bermain. Bermain sukan berpasukan, seperti bola sepak, dengan bimbingan yang betul dapat membantu pemain mempelajari pelajaran yang sukar dalam hidup, termasuk kenyataan oleh Mick Jagger bahawa “anda tidak selalu dapat memperoleh apa yang anda mahukan.”

Sebilangan pemain tidak cukup baik untuk bermain di peringkat kompetitif. Ini bukan penilaian moral.

Selain itu, jurulatih harus berusaha memastikan setiap orang mempunyai masa bermain.

Tetapi itu tidak bermakna beliau perlu mengorbankan pemain lain yang lebih berbakat, berusaha lebih keras atau meluangkan lebih banyak masa untuk berlatih.

Dalam erti kata , sukan merupakan metafora sebenar bagi kehidupan. Tidak ada yang dijamin “bermain” dalam kesebelasan utama.

Sebahagian besarnya, kerja keras, usaha, perancangan dan keinginan sememangnya perlu. Namun begitu, kita juga patut bersedia apabila tidak terpilih.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here