Hidir Ali Razali menghantar barangan kepada pelanggannya.

Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM –- Perintah Kawalan Pergerakan ke-2 (PKP-2) yang bermula sejak 13 hingga 26 Januari ini, meluaskan lagi pintu rezeki seorang pemuda Hidir Ali Razali, 38, dengan menawarkan khidmat penghantaran barang basah rumah ke rumah.

Beliau berkata:”Sejak PKP saya membuka pesanan barang basah keperluan dapur untuk penghantaran ke rumah dari pukul 7.00 pagi hingga 11.00 pagi bagi kemudahan suri rumah memasak makanan untuk sajian keluarga.”

Menurut Hidir Ali yang juga peniaga Pasar Moden Seksyen 16 di sini, setiap hari beliau akan ke Pasar Borong Selayang seawal 12 tengah malam bersama-sama dua pekerja untuk membeli barangan keperluan pelanggannya.

Hidir Ali

Beliau berkata, semasa PKP Bersyarat (PKPB) pesanan agak berkurang, namun apabila PKP dihidupkan kembali, pesanan daripada pelanggan meningkat dari 10 pesanan hingga menjadi 30 pesanan sehari.

Barangan yang dihantar kepada pelanggan termasuklah ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran.

Beliau berkata, kadar perkhidmatan menghantar sekitar Seksyen 1 hingga 11 adalah percuma dan bagi kawasan Seksyen 30 hingga 35 adalah sebanyak RM15 hingga RM20.
Mereka yang ingin mendapat khidmat Hidir Ali bolehlah menghubunginya di talian 0162034431.

– BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here