Oleh Yusoff Ahmad Shariff

KESEMUA 50 negeri di Amerika Syarikat, termasuk District of Columbia (DC) diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga kemungkinan berlaku protes ganas hujung minggu ini sebelum majlis mengangkat sumpah Joe Biden sebagai Presiden pada Rabu depan.

Pasukan National Guard telah dihantar  ke Washington DC bagi menangani sebarang ancaman, lapor bbc.com.

Pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) telah mengeluarkan amaran kemungkinan diadakan perarakan bersenjata oleh kumpulan penyokong Trump di semua negeri.

Sementara itu, pasukan Biden telah mula mengatur rancangan untuk membalikkan dasar-dasar penting yang dilaksanakan oleh Trump.

Difahamkan dalam masa beberapa jam setelah Biden memasuki White House minggu ini beliau akan segera mengumumkan beberapa tindakan eksekutif yang membatalkan segala kaitan dengan pentadbiran Trump.

Antara tindakan tersebut termasuk:

  • Kembalikan AS ke meja rundingan berhubung Perjanjian Iklim Paris untuk mengurangkan pelepasan karbon.
  • Memansuhkan larangan perjalanan ke sebahagian besar negara Islam.
  • Arahan mewajibkan pemakaian pelitup muka di bangunan dan kawasan milik kerajaan persekutuan dan ketika merentas negeri.

Menjelang majlis mengangkat sumpah pada Rabu sebahagian besar kawasan Washington DC akan diletakkan di bawah perintah ‘lockdown’ dengan kawalan ketat oleh pasukan National Guard.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here