Pemain muda Akademi Bolasepak Malaga City, Aniq Asri (dua dari kanan) bergambar bersama bapanya, Datuk Nash (dua dari kiri) dan ahli keluarganya yang lain di KLIA Sepang malam kelmarin.

Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM – Anak Malaysia yang kini menyertai kelab bola sepak FC Malaga City, Sepanyol Aniq Asri Nasharudin, berazam untuk berada dalam skuad utama pasukan tersebut.

Menurut Aniq Asri, beliau ingin meneruskan misi mencipta nama sebagai pemain ternama seperti Christiano Ronaldo satu hari nanti.

“Sasaran utama adalah memburu tempat dalam kesebelasan utama FC Malaga City.

“Tumpuan saya adalah menarik perhatian kelab ternama berdasarkan prestasi saya ketika FC Malaga City,” kata Aniq Asri kepada Bebas News sebelum berlepas ke Sepanyol dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.

Aniq Asri sebelum ini pulang ke Malaysia pada tahun lalu berikutan berlakunya pandemik Covid-19 dan menunggu dirinya pulih daripada kecederaan yang dialami dalam perlawanan sebelum ini sembuh.

Beliau pulang ke tanahair setelah menjalani latihan bolasepak di Akademi Bolasepak Malaga City selama lebih sebulan awal tahun lalu.

Aniq juga berkata, beliau akan menjalani latihan Isnin depan selepas membuat ujian calitan tanpa perlu kuarantin.

Sementara itu bapanya yang juga penyanyi kumpulan Lefthanded, Datuk Nashrudin Elias atau Nash, berharap anaknya itu mampu mencapai impian menjadi pemain terkenal satu hari nanti.

“Saya juga berharap Aniq Asri akan menjadi pemain utama negara pada masa depan.

“Itulah harapan saya semenjak dia bermain bersama UiTM FC dan mula berlatih di Sepanyol,”katanya.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here