Oleh Marzuki Mohamad
PROKLAMASI Darurat oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menjadikan Malaysia sebuah negara yang diperintah oleh diktator?
Ya, KALAU:-
- Undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara seperti ISA diwujudkan semula dan ahli politik pembangkang ditahan dan disumbat ke dalam penjara.
- Kerajaan negeri yang berada di bawah pentadbiran parti pembangkang diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan.
- Media pro pembangkang ditutup dan wartawan asing yang mengkritik dasar kerajaan dihalau keluar dari negara ini.
- Proklamasi darurat tidak ditetapkan tempoh kuatkuasa dan Kerajaan yang ada boleh memerintah sampai bila-bila jika mahu.
- Parlimen dan Dewan Undangan Negeri juga akan digantung selama-lamanya tanpa ada sebarang tempoh tamat.
- Pentadbiran ala tentera dikuatkuasakan dengan Perdana Menteri mempunyai kuasa penuh untuk memerintah negara mengikut kemahuannya.
Tetapi semua di atas TIDAK berlaku:-
- Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 2021 tidak mewujudkan semula undang-undang tanpa bicara seperti ISA.
- Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri yang wujud sebelum Proklamasi Darurat akan terus menjalankan fungsi eksekutif di negeri masing-masing. Kerajaan Persekutuan TIDAK mengambil alih pentabiran negeri-negeri pembangkang seperti Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
- Media pro-pembangkang terus beroperasi dan tiada wartawan asing dihalau keluar negara ini kerana memberi komen negatif terhadap kerajaan sepertimana yang berlaku di era 80-an dahulu.
- Inilah kali pertama Proklamasi Darurat di negara ini mempunyai tempoh luput iaitu pada 1 Ogos 2021. Sebuah Jawatankuasa Khas Bebas yang turut dianggotai oleh wakil pembangkang boleh membuat penilaian untuk menamatkan tempoh darurat lebih awal sekiranya masalah pandemik Covid-19 telah reda sebelum 1 Ogos 2021.
- Apabila tempoh darurat tamat, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri boleh bersidang seperti biasa.
- Perdana Menteri telah memberi jaminan bahawa pentadbiran awam akan terus berfungsi seperti biasa. Tiada rampasan kuasa tentera atau perintah berkurung dilaksanakan.
Diktatorkah?
https://www.facebook.com/marzuki.mohamad.549
-BebasNews
Please follow and like us: