Oleh Fetty Rara

DUA hakim wanita yang bertugas untuk Mahkamah Persekutuan Afghanistan ditembak mati di Kabul hari ini.

Menurut media tempatan mereka disasarkan oleh penyerang ketika dalam perjalanan ke pejabat dalam sebuah kenderaan, lapor bbc.com.

Pembunuhan itu yang terbaharu dalam siri pembunuhan sejak beberapa bulan lalu yang menyasarkan wartawan, aktivis dan tokoh politik.

Keganasan memuncak ketika Presiden Amerika Syarikat meneruskan usaha untuk mengurangkan jumlah tentera AS di negara itu.

Awal minggu ini dalam wawancara bersama BBC naib presiden Afghanistan, Amrullah Salleh  berkata tindakan menarik balik tentera AS akan menyebabkan lebih banyak berlaku keganasan di negara itu.

-BebaNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here