Oleh Yusoff Ahmad Shariff

PENGKRITIK lantang kerajaan Rusia, Alexei Navalny ditahan setelah pulang ke Moscow dari Jerman.

Navalny, 44, yang mendapat rawatan di Jerman kerana diracun lima bulan lalu dibawa oleh polis setiba di pusat kawalan pasport lapangan terbang Sheremetyevo, lapor bbc.com.

Terdahulu penyokong beliau telah berkumpul di sebuah lapangan terbang lain untuk menyambut kepulangannya, tetapi pesawat yang membawa beliau diarahkan supaya melencong dan mendarat di Sheremetyevo.

Navalny menuduh pihak berkuasa Rusia cuba membunuhnya tahun lalu, bagaimana pun pihak Kremlin menafikan sebarang pembabitan.

Laporan daripada pihak wartawan penyiasatan Rusia, bagaimana pun dikemukakan bukti menyokong tuduhan Navalny.

Berita penahanan Navalny dikecam oleh Kesatuan Eropah, Perancisdan  Italy yang mahukan supaya beliau dibebaskan segera.

Di Amerika Syarikat Penasihat Keselamatan di bawah bakal presiden Joe Biden, Jake Sullivan turut mengecam penahanan Navalny dan menyifatkannya sebagai pelanggaran hak asasi manusia.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here