PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) bagi mengurangkan beban dihadapi rakyat ketika negara sedang berdepan penularan pandemik Covid-19.

Muhyiddin berkata pakej bantuan Permai yang memperuntukkan sejumlah RM15 bilion, antara lain mempunyai 22 inisiatif bermatlamat untuk memerangi wabak Covid-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Berikut antara intipati pengumumannya.

  • Kerajaan tandatangani tiga perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin, bekalan vaksin pertama dijangka diterima penghujung Februari.
  • Pemberian sekali gus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 kepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini.
  • Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam putuskan hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus, wajib diambil golongan ditetapkan.
  • Kerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari, dengan peruntukan tambahan RM150 juta.
  • Hospital swasta setuju terima, rawat pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19 bagi ringankan tekanan sistem kesihatan awam, RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan itu.
  • Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021.
  • Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Jan.
  • Pemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April.
  • PTPTN: Mereka terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman selama tiga bulan sehingga 31 Mac.
  • Impak PKP semasa ke atas ekonomi masih terkawal.
  • Kerajaan sedia peruntukan awal RM200 juta bantu ringankan beban rakyat terjejas akibat banjir.
  • Program Subsidi Upah – Untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000, had pekerja 500.
  • Kerajaan akan mempercepatkan pelaksanaan skim-skim mikro kredit dan kempen e-dagang.
  • Program Subsidi Upah 3.0 melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion dijangka dapat memanfaatkan 250 ribu majikan yang menggaji lebih daripada 2.6 juta pekerja.
  • KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2,terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjir.
  • Bantuan sekali gus RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.
  • Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik, semua majikan yang beroperasi semasa PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor.
  • Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021.
  • JKM akan laksana Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak.
  • iSinar – Setakat 13 Januari, lebih 3 juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun ini.
  • Hospital swasta setuju terima, rawat pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19 bagi ringankan tekanan sistem kesihatan awam, RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan itu.
  • Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum ini.
  • RM50 juta disalurkan kepada NADMA bagi perbelanjaan operasi bencana semasa tempoh Monsun Timur Laut.
  • Rebat elektrik semua sektor dua sen satu KWj.
  • Pemandu teksi, bas, pemandu pelancong, e-hailing dapat bantuan RM500.
  • Peminjam MARA boleh mohon penjadualan semula, moratorium pinjaman hingga 31 Mac.
TEKS UCAPAN YAB PM - PERMAI
https://bit.ly/3oU8Ak1

 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here