KUALA LUMPUR – Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga 1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar
Kategori 2, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Kerajaan juga telah meminta KWSP memudahkan proses pembayaran pendahuluan ini, yang akan dibuat mulai 26 Januari.

Maklumat lanjut akan diumumkan oleh KWSP dalam masa terdekat.

Kemudahan i-Sinar yang dibuka kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan akibat COVID-19 bermula 21 Disember lalu, telah ditambah baik terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat Perintah Kawalan Pergerakan serta bencana banjir.

Beliau berkata, proses pembayaran pendahuluan i-Sinar Kategori 2 juga dipermudahkan kerana ahli hanya perlu mengisytiharkan secara kendiri bahawa mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan dan menghantar dokumen sokongan secara dalam talian.

– BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here