FOTO: NSTP.

KUALA LUMPUR – Sejumlah 500,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di tujuh negeri yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan menerima bayaran 1,000 ringgit, manakala 300,000 PKS di negeri lain akan menerima 500 ringgit.

Pemberian itu dilakukan di bawah Geran Khas Prihatin tambahan yang dikenali sebagai GKP PERMAI melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM650 juta, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Sekiranya terdapat negeri yang berubah menjadi zon merah dan diisytiharkan PKP, Kerajaan sedia membantu dengan menyalurkan bantuan tambahan kepada PKS di negeri tersebut dengan serta merta.

Semasa Belanjawan 2021, Kerajaan telah mengumumkan bantuan kewangan sebanyak 1,000 ringgit melalui Geran Khas Prihatin Tambahan, atau GKP Tambahan yang diberikan kepada peniaga dan penjaja di Sabah.

– BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here