KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan awal sebanyak RM200 juta bagi tujuan membantu mangsa banjir di negara ini.

Sejumlah RM50 juta disalurkan kepada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi perbelanjaan operasi bencana semasa tempoh Monsun Timur Laut, kata beliau ketika mengumumkan pakej Bantuan PERMAI di sini.

“Saya telah mengarahkan agensi Kerajaan yang berkaitan, untuk menyegerakan segala bentuk bantuan bagi membaik pulih kerosakan infrastruktur kecil, rumah mangsa banjir serta membantu meringankan beban rakyat akibat bencana alam itu baru-baru ini,” kata Muhyiddin.

– BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here