PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini terus mencatatkan angka membimbangkan dengan sebanyak 3,306 kes baharu dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menyaksikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini adalah sebanyak 38,791 kes manakala jumlah keseluruhan 161,740 kes.

Daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 2,198 kes membabitkan warganegara Malaysia dan 1,101 kes adalah bukan warganegara, manakala tujuh lagi merupakan kes import.

Selangor terus merekodkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,213 kes, diikuti Sabah sebanyak 432 kes dan Johor sebanyak 329 kes.

Negeri-negeri lain adalah seperti berikut :- Kuala Lumpur (250), Kelantan (150), Melaka (156), Pulau Pinang (145), Kedah (142), Negeri Sembilan (126), Perak (114), Sarawak (100), Pahang (84), Terengganu (20), Perlis (16), Putrajaya (15), Labuan (14).

Dr Noor Hisham turut memaklumkan empat lagi kematian terbaharu, menjadikan jumlah angka korban akibat wabak berkenaan kini adalah sebanyak 605 kes.

Selain itu, seramai 226 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 94 mereka memerlukan bantuan pernafasan.

https://bit.ly/2LBhzZg
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here