Oleh Fetty Rara

AUSTRALIA mungkin tidak akan membuka sempadan negara itu sepenuhnya sepanjang 2021 walaupun sebahagian besar penduduk mendapat vaksinasi seperti yang dirancang, kata seorang pegawai kanan kesihatan.

Apa diunjurkan itu mungkin merencatkan harapan syarikat-syarikat penerbangan yang menyasarkan seawal Julai depan untuk menyambung semula operasi, lapor bbc.com.

Setia Jabatan Kesihatan Dr Brendan Murphy berkata demikian apabila ditanya tentang lonjakan jangkitan Covid-19 di banyak negara sekarang.

Pada Mac lalu beliau telah mengusulkan tindakan supaya semua pintu sempadan di negara itu ditutup.

Beliau memberitahu Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) hari ini bahawa walaupun program vaksinasi seluruh negara dilakukan, namun beliau tidak yakin ia akan mengekang penularan jangkitan Covid-19.

Disebabkan itu beliau percaya bahawa keperluan kuarantin ke atas semua ketibaan elok dilanjutkan.

Buat masa sekarang warganegara, penduduk tetap dan mereka yang diberikan pengecualian dibenarkan memasuki negara itu setelah selesai tempoh kuarantin selama 14 hari di hotel atas perbelanjaan sendiri.

-BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here