NEGARA ini terus mencatatkan angka jangkitan Covid-19 yang tinggi apabila sebanyak 3,631 kes harian dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 165,371 kes, manakala kes aktif adalah sebanyak 39,464 kes.

Selangor masih merekodkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,199 kes, diikuti oleh Sabah (526 kes) dan Kuala Lumpur ( 521 kes).

Daripada jumlah kes baharu hari ini, seramai 2,754 pesakit merupakan warganegara Malaysia, manakala 870 pesakit lagi bukan warganegara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan pertambahan 14 lagi kematian, menjadikan angka korban akibat wabak itu setakat ini adalah sebanyak 619 kes.

Seramai 238 pesakit kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 96 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan sembilan kluster baharu dikenal pasti, menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau kini adalah sebanyak 305 kluster

Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 364 kluster, termasuk tiga kluster yang tamat pada hari ini iaitu kluster Tapak Bina Jalan Tengah, kluster Inten dan kluster Jambatan B.

Sementara itu seramai 2,944 pesakit telah sembuh sepenuhnya, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 125,288 pesakit pulih daripada jangkitan virus berkenaan.

https://bit.ly/3qqNGJQ
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here