KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengalu-alukan pengumuman Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dan yakin bahawa pengumuman bantuan bernilai RM15 bilion melalui pakej tambahan ini dapat merangsang ekonomi yang terjejas dan melindungi kesejahteraan rakyat.

Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata bantuan PERMAI yang meliputi 22 inisiatif ini menunjukkan kerajaan prihatin terhadap kebajikan rakyat dan komited dalam membantu pengusaha perniagaan terutamanya kecil dan sederhana.

“Saya berpendapat pakej bantuan PERMAI ini tepat pada masanya dan memberi fokus kepada pemerkasaan sektor kesihatan, menjaga kebajikan rakyat dan juga kelangsungan perniagaan,” kata beliau dalam kenyataannya di sini.

Beliau berkata, keputusan kerajaan melanjutkan moratorium di bawah pakej bantuan PERMAI sangat tepat kerana ia mampu mengurangkan beban kewangan rakyat di samping membantu kumpulan yang terlibat dalam menstabilkan aliran kewangan mereka.

Di samping itu, kerajaan juga akan menambah baik Program Subsidi Upah 3.0 (PSU 3.0) yang mana semua majikan yang beroperasi dalam PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor, keputusan ini juga dapat membantu mengurangkan masalah pengangguran di negara ini.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here