FOTO: Wikimedia Commons/Sgt. Charlotte Carulli, Public domain, via Wikimedia Commons.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

SEJURUS selepas tamat majlis pelantikan, Joe Biden sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46 tidak membuang masa untuk membalikkan beberapa dasar utama yang dilaksanakan oleh Donald Trump.

Apabila ditanya oleh wartawan dalam perjalanan ke White House Presiden Biden berkata beliau tidak boleh membuang masa untuk mula menangani krisis yang melanda negara itu, lapor bbc.com.

Setakat ini Biden telah membalikkan sebanyak 15 arahan eksekutif yang didahului dengan inisiatif respons kerajaan persekutuan kepada krisis pandemik Covid-19, diikuti dengan dasar berhubung isu perubahan cuaca dan imigresen.

Majlis yang berlangsung itu amat berbeza daripada majlis-majlis pelantikan sebelum ini kerana yang hadir menyaksikan hanya segelintir tokoh dan pegawai.

Sementara itu, Trump yang masih tegar tidak mahu mengalah dengan angkuhnya mengetepikan protokol dan tradisi dan sebaliknya mempeleceh majlis tersebut.

Antara intipati mesej Biden selepas selesai mengangkat sumpah di depan Ketua Hakim John Roberts ialah bahawa beliau adalah presiden untuk semua, termasuk mereka yang tidak mengundinya.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here