Dua pekerja Gee-Lat Crispy Burger sedang memasak burger di Shah Alam.

Oleh Arrazaq Nazri

KLANG — Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) menimbang keluhan peniaga restoran dan peniaga burger supaya melanjutkan waktu perniagaan hingga ke pukul 10 malam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Pengerusi Pertubuhan 99 Kebajikan Insan Selangor (Kesan), Muhd.Ali Zakariah, beliau menerima aduan peniaga warung burger yang terpaksa berniaga selama tiga jam bermula pukul 5 petang.

“Peniaga burger biasanya bermula lewat petang, jika mereka diarahkan tutup pukul 8 malam, maknanya pukul 7 petang mereka sudah mula menutup gerai mereka.

“Dalam dua jam berapa biji burger boleh disediakan untuk pembeli. Jika ramai datang serentak pening juga peniaga hendak memasak,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas keluhan peniaga kepada pihaknya berhubung kebenaran perniagaan makanan setakat pukul 8 malam sepanjang PKP.

Sementara itu pengusaha Gee- Lat Crispy Burger, Mohd.Zarul Abdul Aziz, berharap waktu perniagaan burger berjalan seperti biasa kerana waktu siang rakyat Malaysia lebih suka makan nasi.

“Jika MKN benarkan burger dibuka dari pukul 6 petang hingga 12 malam untuk pesanan grab mungkin kami tidak perlu buka bermula pukul 2.00 petang.

“Kalau buka awal, burger tidak dibeli maka apa guna saya buka sampai ke pukul 8 malam. Baik saya tutup terus,”katanya.

Katanya lagi, akibat PKP kali kedua beliau terpaksa menangguhkan pembukaan cawangan kedua kedai burgernya.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here