Oleh Fetty Rara

PENGASAS Ali baba Group Jack Ma membuat penampilan pertama sejak Oktober apabila pihak kawal selia komunis China memberi tekanan kepada empayar perniagaan beliau.

‘Kehilangan’ beliau telah mencetuskan spekulasi tentang di mana sebenarnya beliau berada, lapor bbc.com.

Menurut media tempatan beliau muncul pada satu mesyuarat dalam talian bersama 100 guru luar bandar di China semalam (Rabu).

Berikutan itu saham Ali baba mencatatkan lonjakan sebanyak 5% di Pasaran Saham Hong Kong.

Menurut laporan Tianmu News yang disokong kerajaan wilayah Zhejiang, Jack Ma berucap kepada kumpulan guru itu sebagai sebahagian daripada inisiatif amal yang diterajui oleh yayasan milik beliau.

Acara yang selalunya berlangsung di bandar peranginan Sanya diadakan dalam talian kali ini disebabkan peraturan Covid-19.

Bagaimana pun, video yang dipaparkan itu tidak menyebut lokasi sebenar beliau berucap.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here