FOTO: Polis Daerah Petaling Jaya.

KUALA LUMPUR — Polis Daerah Petaling Jaya tampil membantu seorang suri rumah yang ditahan selepas gagal membayar barang makanan dan ubat bernilai RM58 di sebuah pasar raya, pada Selasa.

Barang-barang ditemui bersama wanita terbabit adalah penampal penyejuk suhu badan untuk anaknya yang sedang demam dan kek pandan serta sosej.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata atas dasar kemanusiaan, pihaknya bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tampil membantu ibu berusia 30-an itu.

“Sebaik menerima laporan kejadian terbabit, saya merasakan ibu muda itu mengalami kesulitan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa ketika ini.

“Justeru kami di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, membeli semula barang yang gagal dibayar ibu berkenaan serta beberapa barang keperluan lain sebelum disumbangkan kembali kepada wanita terbabit,” katanya kepada BH.

Nik Ezanee berkata, JKM dan IPD Petaling Jaya turut menyampaikan sumbangan berupa beras serta barangan keperluan harian.

“Saya turut mengarahkan supaya kes berkenaan tidak diambil tindakan susulan, seterusnya ditutup.

“Selain itu, saya menasihatkan wanita itu supaya tidak mengulangi kesilapannya serta memohon bantuan kepada pihak sepatutnya seperti Pusat Zakat, cawangan JKM atau masjid dan surau berhampiran, sekiranya menghadapi situasi seperti sedemikian,” katanya.

Nik Ezanee berkata, sekiranya wanita itu masih gagal mendapatkan bantuan dari mana-mana tempat terbabit, dia boleh datang ke balai polis di bawah pentadbiran IPD Petaling Jaya.

Ketika ini, ibu kepada tiga anak itu dilaporkan menghadapi kesulitan selepas suaminya yang bekerja sebagai pembaik pulih lif, tidak mempunyai sebarang pekerjaan susulan pelaksanaan PKP.

Mereka membeli semula barang-barang berkenaan.
https://bit.ly/3p2DkiU
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here